Monday, 4 February 2013

PATIENCE itu SABAR kannn???

bicara tentang sabar..pasti semuanya bicarakan tentang dugaan? cabaran? kekayaan? kemiskinan?
hm..memang pun.. tapi, dalam kita tak sedar, ada lagi benda yang penting kita terlepas pandang untuk bersabar... apa ye???
~marah..
~memberi pendapat/idea
ok! kita mulakan dengan marah dulu ye.. ingat pesan nabi? tentang orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menahan kemarahannya.. 'LA TAGHDOB'!!! 'LA TAGHDOB'!!! LA TAGHDOB'!!!
sedar atau tak, waktu kita marah, kita kehilangan sesuatu sebenarnya, iaitu AKAL dan MARUAH... bila kita marah, kita akan bertindak diluar jangkaan..dan kmudian disebabkan itu, maruah kita juga akan tercalar..
sungguh, memang benar kata-kata daripada kekasih kita iaitu NABI MUHAMMAD, 'orang yang paling kuat adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya..' bila kita marah,jika sedang berdiri, maka, duduklah..jika sedang duduk, maka baringlah..jika marah juga lagi, maka sesungguhnya dengan mengambil air wudhu' itu dapat mengawal kemarahan... maksudnya, nabi mengajar kita cara-cara untuk mengawal kemarahan dengan tukar posisi kita sewaktu dalam perasaan marah dan jika tidak dapat juga mengawalnya.. maka, jalan terakhir adalah menyucikan diri dengan mengambil wudhu'...marah itu asalnya daripada sifat AMARAH SYAITAN/IBLIS.. lawan api adalah air..

seterusnya adalah sabar dalam memberi pendapat.. maksudnya disini adalah tidak terburu-buru didalam mengeluarkan pendapat..iaitu, jika berada didalam satu kumpulan, dan diminta untuk mengeluarkan pendapat..dan ada satu keadaan itu, kita tidak dapat menerima pendapat orang lain.. maka, bersabar lah didalam mengeluarkan pendapat itu..biarkan dulu seseorang itu mengeluarkan pendapatnya sehingga habis.. jika pendapatnya bercanggah dengan pendapat kita..jangan terus membangkangnya..lihat dahulu dari sudut positifnya..bukankah lebih baik jika kita saling memahami dan memikirkan tentang positif.. dan akhirnya, penyelesaian yang tepat dan bernas akan muncul, INSYAALLAH.. dan itu juga yang dilakukan oleh di zaman nabi kita dahulu.. apabila memerlukan sesuatu pendapat, mereka akan bermusyawarah(mesyuarat) bersama, dan jalan penyelesaian yang terbaik akan dipilih mengikut kata sepakat daripada semua pihak..
'innallaha ma'assobirin..'= sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar"
INDAHNYA JALAN MENUJU ALLAH YANG MAHA MEMELIHARA...


No comments:

Post a Comment